Make your own free website on Tripod.com

love007.gif (12520 bytes)ttl00002.jpg (45527 bytes)love007.gif (12520 bytes)


darklogo.jpg (31554 bytes)Teluk pial? Pernahkah anda mendengar nama itu. Tentu asing bagi anda kan... tetapi di harapkan sesudah anda melayari sepenuhnya Laman Web ini, anda sudah pasti lebih mengenalinya.

Pada pendapat pakar-pakar yang terdiri daripada orang-orang lama disini, menyatakan Kampung ini berasal daripada zaman dahulu lagi dimana ia telah dibuka oleh orang-orang dahulu. Pada masa mereka membuka kampung ini, terlalu banyak pokok yang diberi nama Pokok Pial. Semasa mereka membuka kampung ini, mereka membuat banyak parit-parit untuk tujuan pengairan. Setelah sekian lama kampung ini tidak bernama, adalah seorang itu mencadangkan kampung ini diberi nama Kampung Parit Teluk Pial Darat. Setelah itu nama itu kekallah hinggalah sekarang ini. Tetapi sampai sekarang ini saya masih tidak tahu lagi apakah dia pokok pial itu, seperti yang diceritakan oleh orang-orang lama disini. Adakah anda juga mengetahui. Tetapi saya sungguh berbangga kerana menjadi penduduk kampung saya ini.