Pembangunan yang pesat juga telah melanda kampung ini. Banyak perubahan yang
telah dilakukan demi untuk menigkatkan martabat kampung ini.Jika hendak dibandingkan
keadaan kampung saya pada masa dahulu berbanding sekarang ini, memanglah jauh berbaza
sekali.Ia berbeza daripada banyak aspek. Di samping kampung saya ini, ada juga
kampung-kampung yang berdekatan seperti Parit Hj. Abd. Rahman, Parit Sungai burong dan
Parit Tanjong piandang. Pekan yang paling hampir dengan kampung saya ialah pekan Bt. 5
jalan baharu, dan bandan yang paling hampir adalah bandar Parit Buntar. Diantara
pembangunan yang telah dilaksanakan ialah:
Pembinaan jalan tar : Tidak seperti dahulu, hanya
menggunakan jalan tanah merah, apabila hujan sahaja, habislah jalan menjadi becak.
Kanak-kanak sukar untuk ke sekolah.
Pembinaan Talian Telefon : Keperluan yang amat mustahak
kepada penduduk disini. Tak kira apabila semasa kecemasan atau lain-lain lagi.
Kemudahan Elektrik Dan Air : Kemudahan asas yang perlu
untuk kehidupan seharian penduduk disini.
sila email kepada:
copyright same site ent. 1997-1999