Make your own free website on Tripod.com

AMBANG RAMADHAN


Umat Islam akan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan serta mengandungi hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadhan". Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu disambut dan diterima dengan lapang dada dan penuh kegembiraan. Marhaban Ya Ramadhan (selamat datang Ramdhan) mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan dan tidak dengan keluhan.

Rasulullah sendiri sentiasa menyambut dgn gembira setiap kali kedatangan Ramadhan. Berita gembira itu disampaikan pula kpd sahabatnya sambil bersabda :

"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu puasanya. Didlm bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yg lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."

(Hr. Ahmad)


Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu kerana kita mengharapkan agar jiwaraga kita diasah dan diasuh, utk melanjutkan perjalanan menuju ke pangkuan Allah. Perjalanan kpd Allah itu dilukiskan oleh ulama salaf sbg pengalaman yg penuh ujian dan rintangan. Ada gunung yang harus dihaki.. itulah nafsu. Di gunung itu ada lereng yang curam dan ganas pula perjalanannya tetapi apabila tekat tetap membaja sebentar lagi akan nampak cahaya terang-benderang dan saat itu akan nampak dengan jelas rambu-rambu jalan, nampak tempat-tempat yang indah utk berteduh serta telaga-telaga jernih utk melepaskan dahaga. Apabila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kenderaan Ar-Rahman utk menghantar musafir bertemu dgn kekasihnya.

Utk sampai pada tujuannya, tentu diperlukan bekalan yg mencukupi. Bekalan itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja utk memerangi nafsu agar kita mampu menghidupkan malam Ramdhan dengan solat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadat kepada Allah melalui pengabdian utk agama.

Melangkah masuk gerbang puasa, bererti memasuki gerbang pertapaan dan latihan. Oleh itu, sudah semestinya sebelum melangkahkan kaki kita perlu menyiapkan diri serta menyediakan bekalan yg perlu. Bekalan serta latihan yg perlu disediakan ialah :

Kata Al Mu’alia ibn Fadlil: "Para sahabat membahagi tahunnya kpd 2 bahagian. Bahagian pertama, mereka menggunakannya utk memohon kpd Allah agar menerima puasa yg dilaksanakan. Bahagian kedua, mereka menggunakannya utk berdoa, memohon dan mengharap kepada Allah agar memberikan tenaga dan kekuatan utk melaksanakan puasa yg akan datang itu."

(Lathaiful Ma’rif 156)

Seorang ulama Salaf menjual jariahnya kepada seorang saudagar hartawan, maka ketika jariah itu melihat betapa besar himmah tuannya yang kaya raya itu dalam menyediakan makanan puasa, dia bertanya kepada tuannya itu; "Untuk apakah tuan menyediakan makanan ini, selama yang sudah-sudah, tuan tidak sesungguh ini mendari dan mengumpulkannya?" Saudagar hartawan itu menjawab, "Untuk bulan puasa yang sedikit hari lagi akan tiba". Mendengar jawapan tuannya, jariah itu berkata, "Kiranya tuan tidak pernah berpuasa selain daripada puasa bulan Ramadhan dan kiranya tuan mengadakan puasa Ramadhan itu untuk bersedap-sedapan dan membanyakkan makanan, saya tidak dapat bersama tuan, sudilah kiranya tuan menjual saya kembali kepada tuan saya yang dahulu."

(Lathaiful Ma’rif 155)

Memberatkan diri dan boros berbelanja kerana puasa adalah keadaan yang tidak sekali-kali disukai syarak. Syarak menyuruh kita membanyakkan memberi makanan kepada fakir miskin dan memenuhi dengan sempurna hak keluarga, bukan menyuruh kita membanyakkan makanan pada bulan puasa ini.

   Itulah bekalan serta latihan yang perlu kita laksanakan bagi menyambut kehadiran Ramadhan. Bekalan serta latihan itu sewajarnya membantu kita melaksanakan ibadat puasa dengan penuh nikmat serta memenuhi kehendak agama Islam.

Rasulullah mempunyai tatacaranya tersendiri ketika menyambut Ramadhan.

Pertama : Baginda memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban.

Ini dapat dilihat menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Aisyah yang bermaksud: "Adalah Rasulullah saw kadangkala terus menerus berpuasa, hingga kami mengatakan bahawa baginda tidak pernah berbuka dan kadangkala terus

Berbuka hingga kami mengatakan bahawa baginda tidak pernah berpuasa sunat. Namun demikian saya tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh selain bulan Ramadhan dan saya tidak pernah melihat baginda banyak berpuasa sebagaimana puasa di bulan Syaaban."

Kedua:Mengadakan ceramah pada akhir bulan Syaaban untuk menyambut Ramadhan.

Pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasulullah berceramah di hadapan golongan sahabat utk menerangkan keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman

Yang bermaksud: "Rasulullah saw pada hari terakhir dari bulan Syaaban berkhutbah dihadapan kami. Maka baginda bersabda: "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasa-Nya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada satu malam yang terlebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka "Selamat datanglah" kepadanya.

Wahai manusia! Sesungguhnya kamu akan sentiasa dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah menjadikan puasanya 1 kewajipan dan qiam pada malam harinya suatu tatawwu’.

Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya samalah dia dengan orang yg menunaikan sesuatu fardu pada bulan lainnya.

Ramadhan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga.

Ramadhan itu adalah bulan yg memberikan pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya.

Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya daripada neraka.

Orang yang memberikan makanan itu akan memperoleh pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa. Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun sebutir kurma, atau seteguk air atau sehirup susu.

Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya ampunan dan akhirnya kemerdekaan daripada neraka.

Barangsiapa yang meringankan beban seseorang (yang membantunya) nescaya Allah mengampuni dosanya.

Oleh itu banyakkanlah yang 4 perkara pada bulan Ramadhan. 2 perkara utk mendatangkan keredhaan Allah dan 2 perkara lagi kamu sangat menghayatinya. Dua perkara yg pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepadanya.Dua perkara yg kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan daripada mereka.

Barang siapa memberi minum orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya daripada kolam-Ku dengan sekali minum, dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya sehingga dia masuk ke dalam syurga.

Berdasarkan hadis ini maka sudah sewajarnya ketika mengakhiri bulan Syaaban untuk memasuki bulan Ramadhan, kita mengadakan pertemuan atau ceramah bagi memberi panduan kepada masyarakat iaitu apa yang perlu dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan kelak.

Ketiga: mengucapkan "tahiah" kerana kedatangan bulan Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan An Nasa-i dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah sentiasa menggembirakan kalangan sahabat atas kedatangan bulan Ramadhan.

Rasulullah menggembirakan kalangan sahabat dengan hadisnya yang bermaksud :

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahmu berpuasa didalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan."

Berdasarkan penerangan hadis ini, perlulah kita mengucapkan tahniah sebagai tanda kegembiraan menyambut bulan yang berbahagia ini.

Kita perlu memberi ucap selamat ke atas kedatangan bulan yang dibuka didalamnya segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta dibelenggu segala syaitan.

Justeru bagi menyambut kehadiran Ramadhan ini kita berusahalah mengikuti segala garis panduan yang dinyatakan. Semoga kehadiran bulan Ramadhan ini akan memberi cahaya keimanan yang lebih terang buat kita semua.